Sunday 14 April 2013

Pisang untuk buang sikap degil. yeke???


Mereka selalu menjawab, sudah tiada persefahaman. Soalnya, susah sangatkah hendak dapat persefahaman?
Ya, susah pada orang yang memang degil. Ingatlah apabila berkawan kita terpaksa berkorban banyak hal untuk memuaskan hati si kawan, betul? Kadangkadang kita tidak suka makan roti canai tapi itulah makanan kegemarannya, lalu kita pun menemaninya makan di restoran mamak. Apabila kita sanggup melakukan begitu, dia juga akan sanggup menemani kita apabila hendak membeli makanan kucing peliharaan meskipun dia benci kucing. Andainya dalam persahabatan pun kita harus mengorbankan kesukaan kita, apalagi dalam alam perkahwinan? Berkahwin itu manis tetapi juga pahit. Usah harapkan yang manis sahaja sebab sememangnya ia bercampur-aduk dengan yang pahit juga.
Manis pada pasangan mungkin pahit pada kita. Sesekali telanlah yang pahit itu supaya dia juga sanggup menelan sesuatu yang dianggapnya pahit pada kita. Inilah hakikat mengapa kebanyakan pasangan itu bercerai. Mereka mengatakan tiada persefahaman. Pada saya, ia bukanlah persefahaman sebab persefahaman mudah dibentuk. Pasukan bola sepak apabila bermain dengan penuh persefahaman, hujungnya skor. Jadi apa sebenarnya?
Sebenarnya ia adalah degil. Kedegilan memang menyakitkan hati. Sudah diberitahu diam sahaja apabila orang bercakap menjelaskan sesuatu, belum habis bercakap sudah mencelah. Sudah diingatkan berkali-kali, kalau hantar SMS jangan cakap berulang-ulang, dengar penjelasan, cuba fahami dan berubahlah, tetapi tetap mempertikai kejujuran. Sudah dijelaskan banyak kali tentang apa-apa yang disangsikan itu, tetapi tetap juga membangkit-bangkitkannya tidak percaya.
Apa semuanya ini? Ini adalah degil. Setiap yang degil memang berhak mendapat pembalasan yang setimpal.
Belajar kesukaan
Jika anda sayangkan satu-satu perhubungan, usahlah degil. Belajar menerima kesukaan pasangan meskipun anda tidak menyukainya. Kalau tidak suka, diam sahaja. Selagi kesukaan itu tidak bertentangan dengan hukum-hakam agama, terima sahaja. Jika tidak suka usah tunjukkan kebencian yang melampau. Itu sangat menyakitkan.
Sebenarnya, tiada tempat bagi orang degil di dunia ini. Oleh kedegilanlah peperangan tercetus. Oleh kedegilanlah ramai orang sesat kerana mengamalkan iktikad yang salah. Oleh kedegilan jugalah dunia hari ini semakin sulit untuk didiami. Apa lagi yang kurang; isteri cantik, suami kacak; isteri meliurkan nafsu orang, suami pula kaya raya. Maklum berkahwin dengan aktor atau aktres, memanglah semuanya A1.
Tetapi kalau degil, oleh hal yang kecil pun boleh bermasam muka dan bersengketa berbulan-bulan, muka pun jadi tidak cantik, kacak pun cepat berengsot pergi. Andainya sayangkan pasangan yang istimewa itu usahlah terlalu degil dengan kesukaan sendiri. Suka-suka jugalah dengan kesukaan pasangan. Andainya benci usahlah terlalu tunjukkan kebencian itu ataupun benci melampau-lampau. Kalau benci pun, bencibenci jugalah ala kadar saja.
Jika terasa payah sangat menghindarkan sifat degil, lakukan tiga perkara berikut:
1. Cuba-cuba lihat sekeliling, tentu terlihat seseorang yang degil. Perhatilah kehidupannya dan bagaimanakah sikap orang terhadapnya.
2. Lembutkan hati dengan solat setiap malam dan mengadulah pada ALLAH agar dikurniai hati yang lunak.
3. Kurangkan makan daging tetapi gantilah dengan buah terutama pisang.

Sumber : Karangkraf

No comments:

Post a Comment