1: Tak perlu kopi & rokok!
OK OK….
Tengok tajuk tip no#1 ni pun ramai dah mula mengeluh. Tunggu dulu, biar
saya jelaskan! Terdapat satu istilah ini yang dikenali sebagai “The
Latte Factor” oleh penulis David Bach yang membawa maksud, setiap hari
sebelum anda ke pejabat, boleh tak anda tak perlu singgah ke kedai kopi
berjenama untuk secawan kopi (dan rokok)? Mungkin menjadi tabiat kita
untuk singgah sebentar dan berbelanja RM5 setiap hari pada minuman dan
rokok sebelum ke pejabat atau ketika waktu rehat pejabat setiap hari.
Dengan hanya menjimat RM5 sehari dan melaburkannya di dalam pelaburan
yang memberi pulangan 10% setahun, dalam masa 45 tahun, wang tersebut
akan menjadi RM1.4juta! katakanlah anda lakukan ini dari umur 20 tahun,
anda akan pencen sebagai seorang jutawan.
2: Potong kad kredit
Ambil
gunting, buka dompet anda, dan potong kad kredit anda. Ya, sememangnya
kad kredit amatlah berhantu! Kad plastik di dalam dompet anda itu
bertujuan untuk memerah wang anda dengan mengecaj interest yang amat
tinggi- paling tinggi dalam industri kewangan (tolak along!). Sering
kali kad kredit digunakan untuk perbelanjaan-perbelanjaan yang tidak
perlu dan akibatnya, setiap bulan anda terpaksa membayar interest yang
sebenarnya memakan simpanan anda.
Katakan anda membayar Interest
kad kredit sahaja dalam lingkungan 18%. Apa makna simpanan anda yang
memberi pulangan 10%? Takde maknanya! Simpanan pelaburan anda tidak
akan bertambah sekiranya wang anda bocor akibat pembayaran caj-caj kad
kredit yang tidak kita nampak.
3: Jaga emosi
Siapa
kata wanita sahaja yang pandai berbelanja? Lelaki juga pandai
berbelanja. Kajian mengatakan bahawa walaupun wanita lebih kerap
berbelanja daripada lelaki, tetapi perbelanjaan lelaki adalah lebih
banyak nilainya untuk setiap pembelian. 90% keputusan belian adalah
keputusan emosi. Bukan sekadar wanita sahaja yang mempunyai emosi.
Lelaki juga. Jaga emosi kita dalam belian. Fahami bahawa semua
perniagaan dalam dunia ini akan menggunakan emosi untuk menarik belian
anda. Seringkali belian yang dilakukan adalah tidak diperlukan. Setiap
kali anda berdepan dengan keputusan belian, ulang berkali-kali dalam
fikiran anda “Jaga emosi… jaga emosi… jaga emosi”!
4: Pakar 1 topik kewangan
Anda
tidak perlu jadi pakar dalam semua perihal kewangan. Anda tidak perlu membaca beratus-ratus buku kewangan untuk berjaya dalam bidang kewangan.
Tetapi, anda hanya perlu menjadi pakar dalam 1 bidang kewangan sahaja.
Maksudnya,
pilih satu bidang kewangan untuk anda dalami. Contoh, mungkn anda
minat melabur, maka, jadikan topik pelaburan sebagai bidang anda
dalami. Atau mungkin anda minat hartanah, maka jadikan hartanah sebagai
bidang anda dalami. Ataupun anda minat perniagaan Internet, maka, baca
buku-buku perniagaan Internet.
Dengan mendalami
sekurang-kurangnya hanya 1 topik kewangan, anda boleh pelajari
berbagai-bagai kaedah menggandakan kewangan anda hanya dalam satu topik
itu. Itu sahaja sudah mencukupi untuk menjadikan hidup kita lebih
mewah.
5: Hutang yang bagus
Selepas
ini, setiap kali anda berhutang, pastikan ianya adalah hutang yang
bagus. Hutang bagus? Bukankah hutang semuanya tidak bagus?
Hutang
yang bagus bermaksud hanya berhutang pada perkara-perkara yang menambah
nilai. Contohnya, membeli rumah adalah hutang yang bagus, kerana
nilainya bertambah. Berhutang untuk memulakan perniagaan dikirakan
bagus, kerana bakal menambahkan pendapatan. Berhutang dalam pendidikan
juga adalah bagus, kerana ia menambah nilai diri kita sendiri.
Manakala,
berhutang untuk melancong adalah tidak bagus, kerana ia mengurangkan
kewangan anda. Berhutang membeli perabot adalah tidak bagus kerana
nilai perabot merosot. Berhutang membeli kereta mewah diluar kemampuan
kita juga adalah tidak bagus kerana sekali beli kereta, nilainya secara
automatik menyusut 30%!
6: Baca 30 minit
Pop
kuiz- tahun ini berapa banyak buku yang telah anda baca? Buku komik
dan novel tidak kira. Hanya buku yang boleh menambahkan nilai anda
sahaja- buku yang berkaitan dengan industri anda.
Kebanyakan
antara kita tidak membaca walaupun satu buku pun! Sekiranya tidak
membaca, bagaimana hendak menambahkan kepakaran kita? Sekiranya
kepakaran tidak bertambah, maka makin lambatlah gaji kita dapat
bertambah kerana kurangnya ilmu. Dengan hanya membaca buku 30 minit
diwaktu pagi (kunci jam loceng anda 30 minit lebih awal), dan hanya
membaca 30 minit sebelum tidur, anda akan dapat membaca 1 jam setiap
hari. Secara purata, dengan membaca 1 jam sehari, anda akan dapat
membaca 40 buku yang berkaitan dengan bidang anda.
Dalam masa 2-3
tahun, anda akan berjaya membaca lebih 100 buku berkaitan dengan
bidang anda. Apa yang anda akan dapat dengan mebaca lebih dari 100 buku
yang berkaitan dalam bidang anda?
Confirm! Anda akan menjadi
pakar dalam bidang anda. Dan pakar akan dibayar berkali-kali ganda
berbanding dengan mereka yang tidak pakar dalam bidang mereka.
7: Cari kawan baru
Anda
akan menjadi seperti kawan anda. Sekiranya anda sering lepak dengan
kawan-kawan yang selalu sengkek, selalu pokai, selalu tak berduit,
sedar tak sedar, anda juga akan menjadi seperti itu. Apa kata anda buka
fikiran untuk mencari kenalan-kenalan baru dikalangan mereka yang
berjaya? Bukan abaikan kawan-kawan yang sengkek tadi… erm…. Mungkin juga
boleh abaikan mereka kerana menyusahkan diri anda sahaja! Dapat kan
kawan yang bijak mengendalikan wang, dapatkan kenalan usahawan berjaya,
dapatkan kawan yang pakar dalam industri anda. Dengan sentiasa
berdampingan dengan mereka yang berjaya, anda juga akan turut berjaya
kerana kejayaan itu akan berjangkit kepada anda!
8: Jangan baca sahaja
Jangan
baca sahaja tip-tip kewangan dan tidak lakukan apa apa. Mungkin
tip-tip 1-7 ini anda telah baca sebelum ini, tapi, tabiat manusia sering
melewat-lewatkan kerja dan tidak melakukan apa-apa. Mungkin sebelum
ini anda telah fikir untuk mengubahkan hidup anda, tetapi, hanya duduk
dan biarkan waktu berlalu tanpa sebarang usaha.
Mempunyai ilmu
sahaja tanpa mengaplikasikannya adalah kerugian yang amat besar. Jangan
sekadar baca sahaja, lakukan sesuatu untuk mengubah hidup anda.
Lakukan perkara-perkara yang mudah, kerana perkara-perkara yang mudah
inilah yang akan membuatkan kita hidup lebih mewah!
*****************
Sumber : Mentor Jutawan
No comments:
Post a Comment